Sabtu, 27 November 2021

Apa itu Vision Board Cara Bina Vision Board


3 LANGKAH PENTING UNTUK BINA VISION BOARD YANG BERKESAN.
PERTAMA: Fikirkan apa yang anda mahu
Vision board sebenarnya melambangkan kehidupan IDEAL yang kita mahukan. Apa yang kita nak, apa impian kita dan ini tak semestinya berkisar tentang material semata, tapi lebih dari tu. Contoh, kita nak hidup gembira, nak sihat, nak cantik sentiasa. Bukan sekadar nak kereta besar, duit banyak, emas jongkong 5 ketul.
FIKIRKAN APA YANG BETUL-BETUL ANDA MAHUKAN, SELAMI EMOSI DAN HATI SERTA KEINGINAN ANDA.
KEDUA: Bina vision board
Dah tahu apa impian anda, apa yang anda nak, dah boleh visualkan atas board atau kertas pulak.
+ bayangkan secara terperinci. Lebih terperinci lebih baik. Contohnya, kalau nak kereta, kereta jenis apa, warna apa, anda pakai baju apa masa tu, tengah memandu ke berdiri depan kereta ke, bayangkan secara detail.
+ fokus pada apa yang anda rasa masa tu. Bukan sekadar tampal gambar kereta sebiji. Pendek kata setiap kali tengok gambar tadi, perasaan tu berulang kali kita rasa. Menusuk kalbu gitu. Gembiranya dapat kereta tu, syoknya memandu kereta tu.
+ nak tulis perkataan atau gambar terpulang tapi lebih bagus kalau ianya bergambar sebab lebih mudah imej tersebut ditangkap dalam minda kita.
+ jangan terlalu serabut nanti semak nak memandang.
KETIGA: Vision board is a REMINDER
Tiada istilah magik magik disini. Vision board adalah peringatan untuk kita bertindak dan ambil selangkah ke depan.
+ vision board mengingatkan kita apa yang kita rasa bila kita capai kemahuan kita, apa yang kita impikan. Ia sebagai persediaan mental kita untuk kita ambil TINDAKAN.
+ vision board hanya akan jadi poster hiasan bila kita tak AMBIL TINDAKAN atau berusaha. Kita bukan buat magik ya. Allah suruh kita solat 5 waktu supaya kita sentiasa ingat apa GOL (vision) hidup kita, dan Allah suruh kita bertindak (action) supaya kita boleh capai gol kita tadi (result). Sama juga dengan vision board tadi.
+ gabungan VISION BOARD, MOTIVASI & TINDAKAN inilah yang akan jadikan apa yang kita tulis di vision board itu satu kenyataan.
Hanya tiga langkah yang perlu anda ingat semasa membina vision board yang berkesan. Pastikan ianya mengikut kehendak anda. Jika anda ingin berjaya, ada impian tetapi masih samar, apa kata anda cuba visualkan dengan jelas diatas sekeping kertas. Apabila ianya jelas, maka anda juga akan tahu apa yang perlu anda lakukan.
Jadi, APA IMPIAN ANDA? BERSEDIA UNTUK REALISASIKAN?

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Planner Cikgu 2022

                                        PLANNER CIKGU 2022 KINI KEMBALI! APA YANG MENARIK SANGAT DENGAN PLANNER NI? 8 BAHAGIAN YANG PADAT ...